Oct 25, 2010

Aktiviti Pembelajaran

Aktiviti pembelajaran penting dalam memastikan matlamat topik perbincangan tercapai dengan jayanya. Namun, aktiviti pembelajaran semestinya terbahagi kepada dua, iaitu aras tinggi dan aras rendah. 

a) Aras Rendah
    
    Dengan menggunakan silinder penyukat 10 ml. 
    Masukkan air ke dalam botol mineral kosong.
    Masukkan mengikut urutan.
    Botol yang pertama berisi 1 bekas silinder penyukat(10ml) 
    Botol yang kedua berisi 2 bekas silinder penyukat.
    Sehinggalah bekas yang kesepuluh dengan menggunakan 10 bekas. 
    Hasilnya :
Membuat perbandingan antara 2 bekas :
Soalan :
Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak, bekas botol mineral A atau bekas botol mineral B.

Jawapannya :
Bekas botol mineral A adalah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas botol mineral B.



b) Aras Tinggi
    
Aktiviti : Permainan Kad


Caranya :
Buat salinan Permainan Kad dan potong satu persatu.




20 liter
23 liter
15 liter
11 liter
17 liter
15 liter
21 liter
19 liter
17 liter
22 liter
16 liter
18 liter

1. Permainan ini dimain secara berpasangan. 
2. Goncangkan kad-kad itu bahagikan sama banyak kepada setiap pasangan pelajar.
3. Dengan kiraan 3, iaitu 1,2,3. Buka satu kad secara serentak di atas meja.
4. Anggar dan bandingkan jumlah cecair yang tertulis pada kad-kad itu.
5. Pelajar yang mempunyai kad yang bertulis jumlah cecair yang lebih besar berpeluang menyimpan kad pasangannya. 
6. Jika kad-kad itu menunjukkan jumlah cecair sama, sama-sama berpeluang menyimpan kad tersebut semula. 
7. Bila semua kad-kad itu telah dibuka, pelajar akan mengira bilangan kad yang diperolehi. 
8. Pemenang adalah pelajar yang mempunyai kad yang paling banyak.

    


    



Bahan Bantu Mengajar (BBM)

BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.


Antara kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
i)    BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.
ii)   Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.
iii)  Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.
iv)  Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.       
v)   Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
vi)  Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
vii) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. 


BBM dalam mengukur isipadu cecair adalah seperti berikut :
i) Buret : Mengeluarkan larutan dengan ispadu tertentu.




ii) Pipet : Alat untuk mengambil cairan dalam jumlah tertentu. 




iii) Silinder Penyukat : Menyukat atau mengukur isipadu air dalam silinder.





Bagaimana Mengukur Isipadu Cecair?


Isipadu cecair adalah diukur dalam unit Liter (l) dan Mililiter (ml).
1 liter = 1000 mililiter
2 liter = 2000 mililiter

Penukaran liter ke mililiter mestilah didarab dengan 1000.
Contohnya :
i)  0.1 liter   = 100 mililiter
ii) 0.25 liter = 250 mililiter

Penukaran mililiter ke liter pula mestilah dibahagi dengan 1000.
Contohnya :
i)  2 liter     = 2000 mililiter
ii) 0.5 liter  = 500 mililiter

Unit jawapan terakhir mesti sama dengan unit jawapan yang ditanya.
Pelajar harus menguasai asas pengiraan yang betul.